Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyatakan penghargaannya kepada bekas rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu hantaran di Twitter, Abbott mengatakan negara itu akan merindui Najib meskipun bekas perdana menteri itu tidak disukai rakyatnya sendiri.
"PM Najib Razak adalah rakan baik Australia dan suara dan pemikirannya di dengar di perhimpunan antarabangsa.
"Mengenai persoalan-persoalan besar beliau mendapatkan banyak hak dan waktu dalam kerajaan menyaksikan kerjasama yang erat dan berkesan di antara kedua negara.
"Australia akan merindukannya walaupun sekarang, rakyatnya sendiri mungkin tidak," kata Abbott pada 9 Mei.
Abbott - yang berkhidmat dari 2013 hingga 2015, pernah bekerjasama dengan Najib semasa insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada tahun 2014.
Najib menamatkan khidmat sebagai perdana menteri selepas BN mengalami kekalahan pertama pada pilihan raya umum Rabu lalu dalam tempoh 61 tahun.
