Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'HARAPAN tak perintah lebih 5 tahun jika bersikap seperti BN'
Diterbitkan:  May 13, 2018 5:34 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Sekurang-kurangnya dua anggota dewan undangan negeri (ADUN) Pakatan Harapan (HARAPAN) di Johor tidak bersetuju dengan Menteri Besar Datuk Osman Sapian yang sebelum ini menyatakan akan mengikut teladan BN untuk tidak memberi peruntukan kepada pembangkang di negeri itu.

ADUN Skudai Tan Hong Pin mengingatkan kerajaan HARAPAN Johor tidak akan bertahan lebih daripada lima tahun sekiranya bersikap seperti BN.

"Sekiranya HARAPAN mahu menjadi kerajaan lebih daripada lima tahun, kita tidak boleh mencontohi teladan buruk, kita mesti bergerak ke depan untuk membawa agenda pembaharuan," katanya kepada Malaysiakini.

Tan menegaskan bahawa pengundi memberi sokongan kepada HARAPAN adalah kerana mereka mengharapkan perubahan.

"HARAPAN dengan konsisten memperjuangkan lebih banyak ruang untuk diberikan kepada pembangkang. Meskipun kita kini adalah parti pemerintah, kita perlukan pembangkang yang berkesan untuk semak dan imbang.

"Oleh itu, kita perlu mengiktiraf pembangkang negeri dan menyediakan sumber untuk mereka menjalankan tugas semak dan imbang," kata anggota jawatankuasa DAP Johor itu.

Sementara itu, Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan mengakui keresahan rakyat berhubung perkara itu.

"Kami mengambil maklum keresahan rakyat Johor mengenai satu kenyataan yang dikeluarkan semalam dan menyifatkan ia bukan keputusan muktamad.

"Dengan berteraskan kepercayaan yang diberikan kepada HARAPAN Johor, saya sebagai Pengerusi AMANAG Johor dengan ini memberikan akujanji bahawa kerajaan baharu ini akan sentiasa berusaha menjadi sebuah kerajaan berintegriti, amanah serta adil buat seluruh Bangsa Johor.

"Kenyataan yang diberikan semalam bukanlah suatu kenyataan atau polisi yang telah dimuktamadkan. Berikan kami masa untuk meneliti jumlah perbelanjaan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno BN yang lalu," katanya.

Semalam, Osman menyatakan bahawa pembangkang tidak akan mendapat peruntukan seperti yang diamalkan oleh pentadbiran BN sebelum ini kerana kekangan bajet.

Osman, yang juga merupakan setiausaha BERSATU Johor, turut mempengerusikan sidang media yang menyaksikan tiga ADUN Umno menyertai BERSATU sejurus sebelum diumumkan sebagai menteri besar Johor.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS