Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR lapor polis kecurian harta benda balai raya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat laporan berhubung polis kejadian kecurian barang dan peralatan di beberapa bangunan milik kerajaan negeri, di daerah Jasin, Melaka.

Timbalan Ketua Cabang PKR Jasin Azmi Khamis berkata, kejadian didakwa berlaku selepas pengumuman kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) 9 Mei lalu.

Beliau berkata kehilangan barang dan peralatan dari beberapa bangunan Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) dan balai raya di daerah ini amat mengecewakan.

“Kejadian berlaku seawal jam 4 pagi 10 Mei lalu, selepas pengiraan undi. Mereka mula mengeluarkan barang-barang daripada Japerun dan balai raya,” katanya ketika ditemui di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin hari ini.

Meja, almari, komputer

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PKR Negeri, Freddie Lim.

Antara barang yang didakwa dicuri ialah peralatan mudah alih, seperti penghawa dingin, kerusi, meja, almari, komputer.

“Kami tidak mahu berkeras kerana khuatir perkara tidak baik boleh berlaku,” kata Azmi lagi yang mendakwa, kejadian kecurian barangan juga berlaku di beberapa lokasi seperti Japerun Bemban, Rim, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin DSP Arshad Abu ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan terbabit.

 

- Bernama

Lihat Komen
ADS