Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Selain 1MDB, siasat juga Scorpene dan Razak Baginda'

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata di saat kerajaan baru memberi tumpuan kepada kes 1MDB, ia juga perlu menyiasat kes kapal selam Scorpene dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Beliau berkata, kes itu juga melibatkan dakwaan penyelewengan wang kerajaan yang masih belum ditebus kembali.

"Saya memikirkan rasuah besar yang diperolehi dalam urus niaga Scorpene. Wang itu diperolehi melalui tindakan jenayah dan oleh itu perlu didapatkan kembali.

"Sama seperti Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB, Abdul Razak Baginda juga mempunyai hubungan yang sama dalam urus niaga Scorpene," katanya kepada Malaysiakini dan FMT.

Justeru, katanya lagi, Abdul Razak Baginda perlu disoal siasat berhubung keadaan dan di mana dana itu pada masa ini.


Razak menjadi penasihat Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan antara 2000 hingga 2008.

Kapal selam termasuk dua buah model Scorpene dan sebuah model Agosta dibeli pada harga hampir 1 bilion euro (AS$1.18 bilion) daripada DCN yang dikaitkan dengan Thales.

Pada Ogos lalu, peguam hak asasi Perancis William Bourdon dilaporkan mengesahkan Abdul Razak didakwa di mahkamah Paris berhubung tuduhan menerima habuan daripada urus niaga itu.

Sementara itu, Sri Ram berkata kerajaan perlu melihat semula dakwaan itu ekoran dakwaan lain mengenai kes tersebut.

"Ia termasuk penyerahan beg berisi wang tunai, ditambah dengan perbelanjaan di Paris serta pembunuhan Altantuya Shaariibuu," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS