Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) hari ini menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mematuhi janji manifesto mereka dan mengambil langkah segera untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan oleh kerajaan sebelumnya.

"Akta Antiberita Tidak Benar  dalah percubaan terang-terangan untuk menyekat perbezaan pendapat dan mewujudkan ketakutan di kalangan orang ramai."

CIJ berkata undang-undang yang diluluskan secara tergesa-gesa itu tidak seharusnya diperbaiki dengan apa-apa cara sekalipun dan mesti dimansuhkan sepenuhnya.

"Ini adalah satu penghinaan kepada prinsip kebebasan bersuara yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan adalah antara legasi paling menindas pentadbiran Najib Razak."

CIJ berkata ia "sangat bimbang dan prihatin" dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa berita palsu sekrang akan ditakrifkan secara jelas berbanding ikrar untuk memansuhkan akta berkenaan.

Ini, kata badan pemantau itu dalam satu kenyataan, bertentangan dengan manifesto HARAPAN n yang berjanji untuk menghapuskan undang-undang berkaitan yang menindas kebebasan media dan hak bersuara secara keseluruhan.

Ini termasuk Akta Antiberita Tidak Benar 2018, Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

[Baca berita penuh]