Kenyataan media mansuh GST palsu, kata pembantu PM
Diterbitkan: May 14, 2018 2:46 PM | Dikemas kini: May 14, 2018 2:49 PM
Rakyat masih menunggu pengumuman kerajaan baru Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memandang kenyataan yang dikeluarkan hari ini adalah palsu.
Seorang pembantu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Malaysiakini bahawa mesej tular yang mendakwa bahawa GST akan dimansuhkan mulai 1 Jun, adalah palsu.
Kenyataan itu kononnya dikeluarkan oleh kementerian kewangan, dan mendakwa ia sebagai hadiah Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia daripada kerajaan persekutuan.
Malaysiakini sedang menghubungi Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mendapatkan ulasan lanjut.

