Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga Beng Hock tak setuju Abu Kassim jadi KP SPRM
Diterbitkan:  May 14, 2018 4:41 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menentang sebarang usaha untuk melantik semula Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh Lee Lan, adik perempuan kepada Beng Hock menyuarakan rasa tidak bersetuju keluarga mereka mengenai laporan New Straits Times (NST) yang membuat spekulasi kembalinya Abu Kassim ke jawatan itu.

"Semasa perbicaraan kes Beng Hock, kami dapati ramai pegawai yang tidak berpendidikan tinggi, malah ada yang berkelayakan Penilaian PMR sahaja," katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

"Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kes kematian Beng Hock berkata hanya dua pegawai daripada 33 orang yang jujur, sementara yang lain berbohong dan saling menutup kesalahan antara satu sama lain," kata Lee Lan.

"Abu Kassim sekadar mengatakan bahawa beliau menyesal dan memahami perasaan keluarga kami. Beliau tidak mengarahkan siasatan terhadap pegawai yang berkaitan dan menggantung tugas mereka.

"Jika beliau sekali lagi mengepalai SPRM, bagaimana kita boleh bercakap mengenai transformasi dan bagaimana kita akan mendapat perbicaraan secara adil dan saksama?" dia bertanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan menukar beberapa pengarah agensi kerajaan.

Awal hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad yang menggantikan Abu Kassim pada 2016 dilaporkan meletak jawatan.

Bekas timbalan pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull dilihat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Dipercayai beliau bertemu Mahathir bagi berbincang perkara berkaitan SPRM.

Beng Hock ialah bekas pembantu kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Beliau ditemui selepas jatuh drai tingkat sembilan di bangunan SPRM di Selangor pada 16 Julai 2009, yang mana beliau ditahan semalaman untuk disoalsiasat.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS