Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, parti itu perlu dipimpin oleh pihak yang mampu memulihkan parti selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-14, 9 Mei lalu.

Sehubungan itu, Khairy berkata, isu sama ada Umno perlu dipimpin orang muda akibat kekalahan berkenaan tidak berbangkit.

"Yang perlu nakhodai barisan kepimpinan ialah yang mampu memulihkan parti. Tak semestinya orang muda ke, orang tinggi ke.

"Ia mesti diberi kepada pemimpin yang kita rasa, anggota akar umbi rasa mampu pulihkan parti," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Khairy berkata, beliau tidak mahu lagi mendengar pandangan sedemikian dan telah memberitahu anggota Pemuda Umno mengenai perkara itu.

"Bukan soal orang muda atau apa, saya tak nak dengar.

"Saya dah beritahu pada Pemuda, jangan terbawa-bawa pemikiran itu. Umno perlu dipimpin oleh orang yang betul yang boleh memelihara parti untuk lima tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan akar umbi yang mahukan orang muda memimpin Umno selepas kekalahan BN pada PRU-14.

[Berita penuh menyusul]