Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siti Mariah, Loy Sian antara 7 muka baru exco S'gor
Diterbitkan:  May 14, 2018 5:25 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Ketua Wanita AMANAH Siti Mariah Mahmud dan pemimpin PKR, Hee Loy Sian adalah antara tujuh muka baru daripada 10 ADUN yang mengangkat sumpah sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor hari ini.

Daripada senarai itu, hanya Teng Chang Khim dan V Ganabatirau dari DAP, serta Amiruddin Shaari dari PKR, dikekalkan sebagai ahli exco.

Mereka, bersama lima ADUN lain hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam istiadat yang berlangsung di Istana Alam Shah di Klang petang ini

Mereka adalah Shaharuddin Baharudin dan Haniza Mohamed Talha dari PKR, Ng Sze Han mewakili DAP, Izham Hashim dari AMANAH serta Abdul Rashid Asari yang mewakili BERSATU.

Pada pilihan raya minggu lalu, Pakatan Harapan memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN di Selangor. Pembangkang hanya mampu memenangi lima kerusi dengan BN mendapat empat dan PAS hanya satu.

Calon HARAPAN juga menawan 20 daripada 22 kerusi Parlimen.

Hadir pada majlis hari ini adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 

Lihat Komen
ADS