Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jawatankuasa pantau manifesto HARAPAN akan ditubuhkan

Kerajaan akan membentuk jawatankuasa khas tidak lama lagi untuk memastikan manifesto Pakatan Harapan ditunaikan.

Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Rais Hussin berkata jawatankuasa itu akan melibatkan kumpulan masyarakat sivil, aktivis dan wakil parti-parti komponen HARAPAN.

“Jawatankuasa Pemantauan Manifesto (JPM) akan dibentuk segera bagi memastikan kesemua janji-janji, termasuk 10 janji dalam tempoh 100 hari pentadbiran, ditunaikan kepada rakyat.

“Hari ini adalah hari pertama perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) di pejabat, secara rasmi, dan kita sudah lihat kemajuan yang baik untuk menyampaikan apa yang terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya.

HARAPAN mengumumkan manifesto 194 muka suratnya pada Mac lalu.

Dalam tempoh 100 hari, gabungan parti itu antaranya berjanji memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menaikkan dan menstandardkan gaji minimum serta membentuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat pelbagai skandal, termasuk 1MDB, Felda dan Tabung Haji.

Bercakap kepada Malaysiakini, Rais berkata kerajaan memerlukan sedikit masa kerana menteri-menteri kabinet masih belum mengangkat sumpah.

“Putrajaya tidak dibina dalam sehari.

“Beri kami sedikit masa dan kami akan lakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS