Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M harap dapat bentuk kabinet 10 menteri minggu ini

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau berharap barisan kabinet awal dengan 10 menteri dapat ditubuhkan pada minggu ini.

“Dalam minggu, ini saya harap dapat bentuk kabinet teras dengan 10 orang dan termasuk PM,” katanya pada sidang akhbar hari ini selepas pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR.

Mahathir juga menegaskan bahawa keputusan akhir mengenai perlantikan kabinet terpulang kepada dirinya selepas setiap parti komponen Pakatan Harapan mengemukakan senarai nama masing-masing untuk dipertimbangkan.

"PKR kemuka 10 nama walaupun kita minta tiga, tapi 10 nama ada priority, the first three itu lebih utama utk the first core cabinet, iaitu cabinet 10 orang.

“(Presiden AMANAH) Mat (Mohamad) Sabu tak datang jumpa saya, tapi dia hantar surat dan kita akan timbang,” katanya.

Semalam, Mahathir berkata bahawa beliau mendapat ilham daripada pembentukan kabinet pertama bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman, dengan memilih 10 menteri teras terdahulu dan selepas itu ia akan berkembang menjadi 25 anggota.

Beliau juga menyatakan bahawa 10 jawatan pertama kabinet itu bukannya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti HARAPAN.

Daripada 10 jawatan awal itu, Mahathir telah menamakan tiga menteri minggu lalu, untuk portfolio kewangan, pertahanan dan dalam negeri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS