Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng menjelaskan pendirian Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai Akta AntiBerita Tidak Benar 2018 tidak berubah.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata takrifan 'berita palsu' perlu diberi definisi semula, Lim bertegas HARAPAN masih berpendirian memansuhkan undang-undang kontroversi itu.

"Adakah beliau mengatakan tidak akan memansuhkannya?

"Beliau tidak berkata tidak akan memansuhkannya, sama seperti yang saya katakan.

"Pendirian HARAPAN tidak berubah untuk memansuhkan Akta Anti Berita Tidak Benar.

"Saya akan menjelaskan hal ini dengan beliau (Dr Mahathir) esok, tapi saya yakin pendirian beliau juga tetap sama," kata Setiausaha Agung DAP pada sidang akhbar di pejabatnya di Georgetown.

"Setakat yang berkenaan, pendirian Harapan tetap sama."

"Kami tidak boleh menerima kerajaan - walaupun kami kerajaan sekarang - untuk (berkuasa) menentukan (berita) benar atau palsu.

"Ia perlu berdasarkan fakta dan bukanlah hanya kerana kita mengatakan sesuatu hal itu sebagai benar maka ia menjadi benar. Dan bukan juga jika kita berkata ia palsu, maka ia menjadi palsu," jelas beliau lagi.

Walaupun Mahathir tidak menjelaskan sama ada akta antiberita palsu itu akan dipinda atau dimansuhkan, dalam wawancara di televisyen semalam beliau berkata "undang-undang anti beritapalsu akan diberi definisi yang jelas."

Perdana menteri berkata kerajaan baru tidak akan mengekang akhbar berasaskan kecenderungan politik mereka tetapi memberi amaran tidak akan bertolak ansur dengan sebarang usaha untuk menghasut orang ramai.

Pada siang akhbar hari ini juga, Lim berkata akta antiberita palsu itu dirangka oleh pentadbiran BN sebelum ini untuk menutup skandal 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS