Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Kerajaan tunggu laporan jika Lim boleh angkat sumpah menteri

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hanya boleh mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan jika undang-undang membenarkannya berbuat demikian, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Harapan mengulas kebimbangan peguam bahawa pelantikan Lim mungkin mempengaruhi penghakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengenai tuduhan jenayah yang sedang dihadapinya.

“Dia belum angkat sumpah, dia dinamakan tetapi belum angkat sumpah, belum lagi (jadi) menteri sebelum dia angkat sumpah,” katanya pada sidang akhbar ketika ditanya sama ada Lim sepatutnya membersihkan namanya sebelum dilantik.

“Kita kena jelas setiap menteri yang dilantik mesti (adalah) orang yang layak jadi menteri. Kalau ada kes, kita tak boleh lantik,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan akan memastikan keluhuran undang-undang dan menunggu laporan untuk memberi pelepasan kepada pelantikan Lim.

“Kita kena ikut the rules of law, if he can be the minister, he can be, if the law says until a man is cleared, from any charges then only he can be menteri then tunggulah.

“Kita dapat laporan dulu, kita dapat laporan baru boleh kita tentukan dia boleh ambil sumpah atau tidak,” katanya.

Lim adalah salah satu daripada tiga menteri kabinet yang dinamakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Menteri Kewangan yang baru itu sedang dibicarakan atas dakwaan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di George Town dari ahli perniagaan Phang Li Koon, yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Beliau menafikan tuduhan itu dan mendakwa ia sebagai bermotivasi politik.

Lihat Komen
ADS