Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lebih 10 juta pengguna Internet mengikuti liputan berita pilihan raya Malaysiakini dari minit ke minit pada malam 9 Mei lalu.

Seramai 7.2 juta pengguna menonton KiniTV dalam talian, manakala ramai lagi mendapatkan berita mereka melalui akaun media sosial Malaysiakini dan secara tidak langsung menerusi kumpulan aplikasi WatsApp.

Ketika pengiraan undi berlangsung malam itu, seluruh negara tidak berganjak mengikuti liputan Malaysiakini.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tenang sekitar jam 9.30 malam pengiraan keputusan pilihan raya itu. Pada masa tersebut dikatakan banyak pengiraan telah selesai.

Memburukkan lagi keadaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan perintah sekatan terhadap live.undi.info, sebuah laman mikro Malaysiakini, yang mempunyai lebih 1.3 juta pengguna serentak pada suatu masa.

Tetapi sekatan SKMM semasa itu gagal kerana Malaysiakini berjaya membina laluan pintas bagi mengatasi masalah tersebut dan pembaca Malaysiakini terus bertambah.

Mengumpul data daripada pelbagai sumber, Malaysiakini ialah media pertama yang akhirnya melaporkan Pakatan Harapan menang pada jam 2.28 pagi. Beberapa ketika kemudian, media lain mengikutinya.

"Walaupun kami dengar banyak khabar angin HARAPAN menang, kami mahukan kepastian," kata CEO Malaysiakini, Premesh Chandran.

Ketua Pengarang Steven Gan berkata pasukan Malaysiakini, baik di lapangan dan di ibu pejabat, bersama-sama bekerja dengan lancar bagi membawakan kemaskini kiraan undi di seluruh negara.

"Ia suatu kerja berpasukan yang baik daripada semua yang terlibat, termasuk sukarelawan yang datang ke pejabat untuk membantu mengumpulkan data keputusan ke dalam sistem kami," katanya.


Sejak dua minggu lalu, Malaysiakini (bahasa Inggeris) yang beroperasi secara percuma kembali ke model langganannya hari ini.

"Walaupun kami pada asalnya merancang untuk memulakan semula langganan pada Jumaat lepas, kami telah menangguhkannya beberapa hari lagi supaya rakyat Malaysia dapat terus mengikuti peralihan demokrasi yang pertama di negara ini. Ini detik penting semua rakyat Malaysia," kata Premesh (gambar).

Malaysiakini menerima banyak ucapan "terima kasih" para pembaca kerana liputan pilihan rayanya.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan pelanggan kami atas sokongan mereka selama 18 tahun yang lalu. Kami tidak dapat melakukannya tanpa anda," kata Premesh.

Babak baru Malaysia

Beliau berharap para pembaca akan terus menyokong Malaysiakini dengan melanggan satu-satunya media bebas yang pertama di negara ini.

"Malaysiakini akan terus melakukan tugasnya, melaporkan dengan tepat, adil dan bebas. Media bebas dan mampan, dibiayai oleh pembaca, adalah cara terbaik untuk melakukan hal ini," katanya.

Menurut Gan, dengan perubahan kerajaan, Malaysiakini telah menutup satu babak semenjak penubuhannya selama 18 tahun.

"Kami akan menulis babak baru. Tiada perubahan dalam cara kami menjalankan tugas sebagai wartawan - kami akan memegang kuasa untuk menjelaskan dan memberitahu kebenaran kepada kuasa," kata Gan.

Beliau berkata sejak beberapa hari lalu, Malaysiakini telah memecahkan berita mengenai Perdana Menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertemu dengan tokoh Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud untuk membincangkan kemungkinan perubahan sokongan politik serta larangan bagi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya daripada meninggalkan negara.

"Sementara itu, siaran langsung KiniTV membuat liputan peristiwa penting - daripada istiadat angkat sumpah Dr Mahathir sebagai perdana menteri paling berusia di dunia sehinggalah pengumuman kecil kabinet baru beliau. Kami akan terus melakukan pemberitaan pada detik peristiwa itu berlaku," kata Gan.

Jangan ketinggalan berita dan pandangan yang mustahak. Langganilah Malaysiakini. Langganan bermula pada RM40 sebulan, RM200 setahun dan RM 2,000 bagi langganan seumur hidup.

Sokong media bebas. Langgan sekarang.


 

Lihat Komen
ADS