Malaysiakini
BERITA

Dr M: HARAPAN tak akan terima Umno

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 15 Mei 2018, 1:01 pagi

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (HARAPAN)tidak akan menerima penyertaan mahupun kerjasama daripada Umno.

"Umno tidak boleh ada dalam HARAPAN, kerana (Umno) belum tentu sama ada sah atau tidak," katanya dalam sidang media semalam.

Pengerusi HARAPAN itu berkata, terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan status kesahan Umno, dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk memutuskan status pendaftarannya.

Pada 20 April lalu, sejumlah 16 individu - ketika itu masih anggota Umno - memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan ROS membenarkan parti itu menangguhkan pemilihan partinya.

Mereka juga memohon mahkamah mengarahkan ROS untuk mengeluarkan notis di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muktamad.

Mereka berkata hari terakhir untuk cawangan Umno mengadakan pemilihan adalah pada 28 Februari lalu, manakala bagi Majlis Tertinggi dan 191 Bahagian parti itu pada 19 April lalu.

Sementara itu, Mahathir juga berkata semua dasar lama pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan disemak semula.

Ia termasuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan National Blue Ocean Shift (NBOS).

Dalam respons segeranya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan tidak membuat keputusan berdasarkan perbezaan politik.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.