Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Bertindak pada Taib atau kamu sama saja dengan BN'
Diterbitkan:  May 15, 2018 11:30 AM
Dikemaskini: 3:34 AM

Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan bertindak terhadap Yang Dipertua Sarawak Tun Taib Mahmud.

Ini susulan dakwaan-dakwaan rasuah terhadap bekas ketua menteri Bumi Kenyalang itu.

“Mereka (kerajaan baru) mesti ada kemahuan politik untuk mendakwa Taib, jika tidak mereka tiada beza dengan kerajaan sebelum ini (BN),” katanya kepada stesen radio BFM dalam wawancara pagi ini.

Beliau ditanya berkaitan kebimbangan dakwaan salah laku Taib mungkin akan “dipadam” susulan pertemuannya dengan Mahathir di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 9 Mei.

“Ya, saya bimbang tentang Taib. Saya fikir sudah cukup bukti di luar sana, bukan saja di sini, tetapi juga luar negara,” katanya.

“Jika kamu hendak laksanakan agenda kedaulatan undang-undang, ia terguna pakai untuk semua, tiada kecuali,” katanya.

Walaupun perbincangan anatra Taib-Mahathir masih belum jelas, seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputra (PBB) – parti utama dalam BN Sarawak – memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak menolak kemungkinan terhadap pembentukan satu gabungan di peringkat negeri.

Taib sudah lama berdepan kritikan kumpulan pelindung alam sekitar atas dakwaan pembalakan serius terhadap hutan-hutan negeri selama 33 tahun pentadbirannya.

Beliau dispekulasikan menjadi antara orang terkaya di Malaysia, yang mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan dalam dan luar negeri.

Taib juga pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2011 dan sering dituduh kumpulan aktivis sebagai memperkayakan anggota keluarganya melalui kontrak-kontrak pembangunan negeri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS