Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Malaysiakini mendapati wujud percanggahan di pelbagai media berhubung undi popular yang dimenangi oleh parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14, pada 9 Mei lalu.

Undi popular merujuk kepada jumlah undi yang diraih oleh setiap parti atau gabungannya.

Setakat ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan data undian bagi setiap setiap kerusi - termasuk jumlah undi dimenangi setiap calon - namun suruhanjaya itu belum mengeluarkan rumusan undi popular bagi PRU ke-14.

Berdasarkan data SPR, kiraan Malaysiakini mendapati undi popular untuk kerusi parlimen yang diraih oleh empat parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) - PKR, DAP, BERSATU, dan AMANAH -  berjumlah 5,518,638 undi.

Jika digabungkan dengan undi yang dimenangi sekutunya - Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan anggota parlimen Batu P Prabakaran yang bertanding sebagai calon Bebas - jumlah keseluruhan dimenangi HARAPAN adalah 5,837,283.

Ini bererti HARAPAN memenangi 48 peratus undi popular.

BN, bagaimanapun memenangi 4,080,797 undi, atau 34 peratus undi popular.

PAS pula memdapat 17 peratus undi popular dengan  2,041,105 undi.

Parti lain dan calon-calon bebas mendapat 123,246 undi atau 1 peratus undi popular.

Jumlah undi sah pada hari mengundi adalah sebanyak 12,082,431.

SPR mengumumkan pada 11 Mei lalu bahawa jumlah keluar mengundi disemak semula daripada 76 peratus kepada 82 peratus (12,299,514) daripada jumplah pengundi berdaftar (14,940,624)

Kiraan Malaysiakini mendapati jumlah undi rosak adalah 217,083 (atau 1.8 peratus daripada kesemua pengundi yang keluar mengundi).

Bagaimanapun, laporan pelbagai media menyatakan angka-angka yang berbeza bagi analisis undi popular mereka.

Malay Mail Online, yang merujuk SPR sebagai sumber data, melaporkan jumlah undi sah adalah 11,642,437, yang mana 439,994 kurang daripada jumlah yang dilaporkan Malaysiakini.

Sin Chew, Berita Harian dan New Straits Times melaporkan jumlah kerusi lebih tinggi dimenangi HARAPAN berbanding laporan Malaysiakini, sementara The Star dan MMO melaporkan jumlah lebih rendah.

Jumlah undi diperoleh BN, PAS dan WARISAN turut mempunyai percanggahan serupa.

Percanggahan angka yang dilaporkan media adalah seperti jadual di bawah.

Lihat Komen
ADS