Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peneraju Media Prima dan Utusan letak jawatan
Diterbitkan:  May 15, 2018 8:22 PM
Dikemaskini: May 16, 2018 7:33 AM

Media Prima Bhd hari ini mengumumkan Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah akan menamatkan khidmatnya sebagai Pengarang Urusan Berita dan Hal Ehwal Semasa Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), berkuat kuasa 20 Mei, 2018.

Susulan itu, tugas beliau akan diambil alih oleh timbalannya, Datuk Manja Ismail berkuat kuasa serta-merta, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ashraf yang menyertai TV3 sebagai Pengarang Kumpulan pada Jun, 2009, sebelum itu telah memaklumkan pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan Media Prima mengenai hasrat beliau untuk melepaskan jawatan tersebut.

Sementara itu, Utusan Malaysia mengumumkan peletakan jawatan beberapa lembaga pengarah.

Antaranya Pengarah Bebas Kumpulan Utusan Mohamad Fatmi Che Salleh dan tiga pengarah bebas yang lain.

Mereka ialah Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, yang merupakan setiausaha akhbar bekas perdana menteri, Jamalul Kiram Mohd Zakaria dan Mohd Yusof Abu Othman.

Lihat Komen
ADS