Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Undi rosak PRU14 antara terendah walaupun ada gerakan UndiRosak

Walaupun wujud gerakan UndiRosak menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), peratusan undi rosak dalam PRU14 mungkin antara yang terendah dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Analisis Malaysiakini mendapati jumlah kertas undi rosak dan yang tidak dikembalikan bagi kerusi parlimen adalah 217,083 undi, hanya 1.76 peratus daripada 12,299,514 undi yang diterima.

Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya belum lagi mengumumkan angka rasmi mengenai kertas undi yang rosak atau tidak dikembalikan.

Angka undi rosak diperolehi melalui jumlah rasmi bilangan undi yang diterima oleh setiap calon parlimen (12,082,431), dan menolaknya daripada angka rasmi SPR mengenai jumlah pemilih yang keluar mengundi (12,299,514).

Bagaimanapun, terdapat maklumat yang tidak mencukupi untuk membezakan antara kertas undi rosak dan yang tidak dikembalikan.

Namun begitu, walaupun sekiranya semua 217,083 itu adalah undi rosak, angka 1.76 peratus itu masih sangat rendah.

Berdasarkan analisis data yang diperoleh dari laman web SPR, yang menyenaraikan keputusan PRU dari tahun 1986 dan seterusnya, angka 1.76 peratus merupakan kadar undi rosak yang kedua terendah.

Kadar terendah ialah semasa PRU 2013, di mana hanya 171,556 kertas undi rosak bagi kerusi parlimen (1.52 peratus).

Saya sebelum ini telah melaporkan bahawa gerakan UndiRosak telah mendapat perhatian selepas pengumuman tahun lepas bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai perdana menteri, menjadi daya tarikan

Penyokongnya berpendapat bahawa pengundi harus merosakkan undi mereka kerana kedua-dua BN dan HARAPAN tidak mewakili pilihan yang baik.

Mereka juga mengatakan bahawa HARAPAN tidak sepatutnya berhak mendapat undi mereka semata-mata kerana mereka tidak suka pentadbiran BN yang berkuasa.

Sementara itu, satu set data tidak rasmi telah diedarkan secara dalam talian.

Mengikut set data ini, jumlah kertas undi rosak bagi kerusi parlimen dalam PRU baru-baru ini adalah hanya 161,474 undi atau 1.34 peratus daripada jumlah pemilih.

Jika angka ini betul, ini akan menunjukkan bahawa peratusan undi rosak adalah lebih rendah daripada PRU13.

Set data itu juga bermakna 55,609 kertas undi yang dikeluarkan tidak pernah dikembali ke peti undi dalam tempoh waktunya.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS