Kekesalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana tidak berterus-terang dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan sokongan akar umbi sudah terlambat, kata ketua parlimen DAP.

Lim Kit Siang berkata, di balik kekesalan itu, Khairy dilihat masih mengelak isu berkaitan skandal 1MDB.

“Adakah Khairy sedia ambil risiko sekarang? Adakah dia sudah nampak 'tanda-tanda' jelas?

“Hakikatnya tidak, jelas Khairy sengaja mengelak isu skandal 1MDB dan Malaysia kini diselubungi kleptokrasi global,” menurut kenyataannya.
 


Baca: Khairy kesal tidak berterus terang pada Najib


Channel News Asia semalam melaporkan Khairy sebagai berkata beliau kesal tidak berterus-terang dengan Najib tentang akar umbi yang menolak parti itu, selepas bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal "dikeluarkan".

[Baca berita asal]