Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Umno 16' diarah putuskan saman menghina mahkamah pada Umno

Mahkaman Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 16 orang bekas anggota Umno untuk memutuskan sama ada mereka mahu meneruskan tindakan menghina mahkamah terhadap Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Hakim Nordin Hassan juga mengarahkan peguam untuk kumpulan itu menyerahkan saman menghina mahkamah kepada Umno.

Peguam Izwan Iswat Mohd Noor berkata arahan itu dikeluarkan padannya selepas hakim kanan persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Jabatan Peguam Negara, bertemu hakim di dalam kamar.

Tengku Adnan, dalam kenyataan 21 April, berkata 16 orang yang menyaman Setiausaha Kerja Umno Ab Rauf Yusoh dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), dipecat.

Susulan itu, peguam kumpulan itu mahu merujuk Tengku Adnan ke prosiding menghina mahkamah.

Enam belas orang itu, dari 11 bahagian Umno di enam negeri, pada 20 April lalu memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan kehakiman bagi mengetepikan keputusan OS yang membenarkan parti itu melanjutkan pemilihan parti.

Mereka juga menuntut Umno diharamkan.

Kesemua mereka ialah: Salihudin Ahmad Khalid, Noor Halimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharuddin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Raafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.

Mereka berkata tarikh akhir bahagian Umno untuk mengadakan pemilihan parti adalah pada 28 Februari dan tarikh akhir Majlis Tertinggi dan Umno bahagian boleh berfungsi sehingga 19 April sahaja.

Mahkamah Tinggi pada 27 April lalu menolak tidak memberikan kebenaran kepada mereka untuk membuat semakan kehakiman.

Mereka membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan masih menunggu tarikhnya didengar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS