Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Saya tak berdendam dengan Najib...
Diterbitkan:  May 16, 2018 3:35 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik mengulangi dakwaannya bahawa beliau dihumban ke penjara atas alasan politik.

"Saya tidak menyimpan sebarang perasaan benci peribadi, saya tidak mahu isu Anwar dipenjarakan dijadikan isu yang dibuat menentangnya.

"Tetapi isu ketidakadilan terhadap rakyat, jenayah yang dilakukan terhadap rakyat, gejala rasuah yang menjadi budaya di negara ini - dia harus jawab," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Segambut petang ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan Najib pula menjadi tahanan di penjara Sungai Buloh.

“Tetapi, apa yang melibatkan kebajikan peribadi saya, saya sudah maafkan (beliau). Saya ingin terus melangkah… Saya tidak menyimpan sebarang perasaan tidak baik terhadap Najib atau sesiapa jua,” katanya selepas pembebasan hari ini. 

Anwar dihukum penjara lima tahun mulai Februari 2015 setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mendakwa bahawa pertuduhan itu direkayasa untuk menamatkan kerjaya politiknya. Sebelum ini, Anwar dijadual dibebaskan pada 8 Jun ini.

Ketua Umum PKR itu hari ini menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mempunyai kes terhadap Najib "dalam masa terdekat" mengenai skandal 1MDB dan bekas perdana menteri itu bakal didakwa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS