Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden PERKASA Datuk Ruhanie Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat pertubuhan itu, hari ini.

Menurut Ruhanie, Ibrahim meletakkan jawatan kerana kecewa orang Melayu tidak menghargai perjuanganya terhadap konsep agama, bangsa dan tanah air (alif ba ta).

Ruhanie turut menolak peletakan itu ingin melobi jawatan politik.

No way, bukan melobi jawatan. (Peletakan jawatan) ini (kerana) kekecewaan dia (Ibrahim), orang Melayu tak hargai perjuangan alif ba ta,” katanya.

Menurut Ruhanie, surat peletakan jawatan itu diterima jam 10 pagi semalam di ibu pejabat PERKASA.

Katanya lagi, pihak Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PERKASA kini melantiknya sebagai pemangku presiden PERKASA dan dalam masa yang sama mereka merayu Ibrahim mempertimbangkan kembali keputusan tersebut.

“Beliau memerlukan waktu sedikit, kita bagi waktu, bagi peluang bertenang seketika memikirkan semula kerana PERKASA sinonim dengan Ibrahim Ali.

“Kita hargai komitmen dia dan dia ada visi yang fokus terutamanya perjuangan bangsa dan agama. Kita tolak peletakan jawatan dan gesa, merayu balik dia kembali ( ke PERKASA),” katanya.

Menurut Ruhanie, keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membuatkan kedudukan PERKASA tercabar dan memerlukan perjuangan yang lebih agresif dalam memperjuangkan bumiputera.

“Kita menghormati pilihan demokratik rakyat Malaysia yang memilih HARAPAN menggantikan BN. Kita hormati dan kita ucap tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kembali memberikan kepimpinan Malaysia dalam fasa kedua.

“Kita ambil keputusan senario politik nasional, memerlukan PERKASA lebih cergas, fokus, lantang, agresif perjuangkan soal agama bangsa agama dan tanah air,” katanya.

Lihat Komen
ADS