Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
GST kadar sifar bermula Jun - Kementerian Kewangan
Diterbitkan:  May 16, 2018 5:14 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikurangkan dari enam peratus kepada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST.

Pemansuhan GST adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan yang berjanji  akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari.

Hari ini menandakan hari ketujuh gabungan HARAPAN berkuasa selepas ia menamatkan pemerintahan 61 tahun BN yang menerajui negara sejak kemerdekaan sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Lihat Komen
ADS