Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Kesalahan dalam 1MDB lebih banyak dari diketahui umum

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kesalahan dilakukan dalam 1MDB lebih banyak daripada yang diketahui umum.

Dr Mahathir berkata demikian selepas mendengar taklimat daripada polis dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad berhubung skandal 1MDB.

"Jelas sekali lebih banyak kesalahan yang telah dilakukan daripada yang diketahui oleh umum dan juga saya.

"Kita akan ambil tindakan buat laporan polis. Apabila sampai tahap boleh membuat tangkapan, kita akan buat tangkapan, kita akan tangkap orang yang bersalah," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan akan memaklumkan kepada AS, Singapura dan Switzerland agar memulangkan wang yang didakwa hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

"Kita ingin mendapatkan balik wang yang masih ada di Switzerland, AS, Singapura, dan mungkin juga di Luxemberg. Untuk ini, kita akan hubungi kerajaan negara-negara ini utk dapatkan semula wang yang ada pada mereka.

"Dulu tidak ada pengakuan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Razak bahawa duit ini adalah berasal daripada 1MDB. Kerana tidak ada pengakuan bahawa duit ini adalah duit Malaysia, maka tidak ada tuntutan dibuat.

"Tapi kita nak buat kenyataan bahawa duit ini dari 1MDB dan Malaysia, dan kita akan pohon supaya mereka bagi balik duit ini kepada Malaysia, kerana jumlah agak besar dan ini akan menolong kita menyelesaikan beberapa jenis hutang," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau tidak jelas berapa jumlah sebenar dana 1MDB di luar negara, namun berkata beliau tahu ada sejumlah AS$4.5 bilion di AS.

Tambahnya, terpulang kepada polis sama ada akan memanggil bekas perdana menteri untuk membuat keterangan berhubung skandal itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS