Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sultan Johor teliti setiap tindakan, keputusan kerajaan negeri
Diterbitkan:  May 16, 2018 8:01 PM
Dikemaskini: 12:03 PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menasihatkan kerajaan negeri Pakatan Harapan untuk menunaikan janji pilihan raya umumnya dan menegaskan bahawa beliau akan meneliti prestasinya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada halaman rasmi Facebook, baginda menggesa kerajaan negeri baru itu untuk memikul amanah serta tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas demi kepentingan rakyat.

"Saya tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk mengkhianati negeri dan rakyat saya atau cuba menghancurkan perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup Bangsa Johor," titah baginda.

Sultan Johor juga menggesa barisan exco baru untuk memberi komitmen dan kerjasama penuh mereka kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

"Sekiranya ada ahli exco yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya, saya harap menteri besar tahu bagaimana untuk menyelesaikannya," titah baginda.

Menurut Sultan Ibrahim, jawatan yang disandang bukan untuk mencari kemewahan atau mengkayakan ahli-ahli parti, sebaliknya perlu menjalankan perkhidmatan dengan penuh integriti, dedikasi, adil dan saksama.

"Kerajaan negeri mestilah bertindak mengikut prosedur, peraturan dan undang-undang," titah baginda.

Kerajaan negeri Johor mengangkat sumpah di Istana Besar, Johor Bahru hari ini.

Lihat Komen
ADS