Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lebih 10 kereta polis, Black Maria tiba di luar rumah Najib
Diterbitkan:  May 16, 2018 11:16 PM
Dikemaskini: 7:58 PM

Lebih 10 kereta polis dan sebuah Black Maria dilihat di luar rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang dipetik Astro Awani menjelaskan kehadiran polis adalah bagi tujuan menggeledah.

Bagaimanapun, Amar Singh enggan mendedahkan pencarian daripada aspek apa yang dilakukan polis.

"Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri untuk membuat pencarian," katanya.

Sejak petang tadi, sekumpulan petugas media tempatan dan luar negara berkumpul di luar pekarangan kediaman Najib.

Kira-kira 11 malam, seorang individu yang mendakwa sebagai peguam Najib dilihat memasuki rumah itu tapi beliau enggan memperkenalkan diri.

Kira-kira 20 minit kemudian, setiausaha akhbar bekas perdana menteri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad turut tiba.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Rafiq Mohamed Mustafa, yang dilihat meninggalkan kawasan itu sekitar 11.40 malam berkata "tunggu dan lihat" apabila ditanya berhubung kehadiran polis di situ.

Sementara itu, lori Black Maria berada di situ dikatakan memuatkan kotak-kotak yang dibawa masuk ke dalam rumah Najib.

Astro Awani memetik sumber yang memaklumkan bahawa penggeledahan itu dilakukan untuk mencari beberapa dokumen dipercayai ada kaitan dengan 1Malaysia Deevelopment Berhad (1MDB).

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS