Paling Popular
Terkini

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggugurkan kes pertikaian terhadap BERSATU.

"Sebagai presiden parti, saya dimaklumkan oleh ROS bahawa BERSATU sudah kembali kepada status asal sebagai parti sah," katanya dalam Himpunan Merdeka Rakyat yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya malam ini bagi menyambut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ROS sebelum ini mengumumkan BERSATU dibubarkan sementara kerana gagal mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun menolak pembubaran itu dan kes berkenaan masih berjalan

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS