Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M kutuk Israel atas kematian rakyat Palestin
Diterbitkan:  May 17, 2018 3:59 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengutuk Israel atas kematian 60 rakyat Palestin ditangan tentera rejim zionis itu ketika bantahan di sempadan Gaza pada Isnin.

"Kita menentang pembunuhan orang awam oleh Israel. Kita bersimpati terhadap rakyat Palestin dan menentang Israel," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini. Dr Mahathir ialah pengerusi Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berkata Malaysia menentang pemindahan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmuqqadis.

Laporan menyebut bahawa sejumlah rakyat Palestin sedang mengadakan bantahan terhadap pemindahan kontroversi itu apabila tentera Israel melepaskan tembakan terhadap mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS