Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar tegur Canberra kerana sikap membisu
Diterbitkan:  May 17, 2018 5:11 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Australia atas sikap membisunya terhadap isu penindasan, rasuah dan penipuan pilihan raya semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dalam temu bual dengan The Australian, Anwar berkata Australia sepatutnya menjadi antara "penyemarak demokrasi".

Anwar berkata negara-negara demokratik "boleh menunjukkan sikap berhemah", tetapi tidak boleh menjadi "pemimpin yang zalim, korup dan kuku besi" hanya semata-mata kerana urusan perdagangan.

"Ia sungguh menyakitkan bagi demokrat, mereka yang berjuang untuk kebebasan," katanya.

Anwar bercakap kepada wartawan dari organisasi berita dalam dan luar negara selepas mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong semalam.

Bekas ketua pembangkang itu memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau adalah mangsa salah laksana keadilan dan "konspirasi yang jelas".

"Bersyukur kepada Allah kerana Agong perkenan menerima pengampunan tanpa syarat, akibat dari salah laksana keadilan," katanya.

Beliau juga mengakui kadang kala terfikir untuk meninggalkan medan perjuangannya selepas 20 tahun.

"Sekarang ada fajar baru untuk Malaysia, untuk keseluruhan spektrum rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, yang berdiri dengan prinsip demokrasi dan kebebasan," katanya.

Lihat Komen
ADS