Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SUPP mahu HARAPAN S'wak laksana manifesto PRU14
Diterbitkan:  May 17, 2018 5:30 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggesa Pakatan Harapan melaksanakan semua janji yang dibuat semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14), terutamanya berkaitan penurunan kuasa dan kenaikan royalti petroleum kepada Sarawak.

Sekretariat publisiti pusat SUPP, dalam kenyataan hari ini, mengingatkan Pakatan Harapan bahawa semua janji yang diikrarkan dalam manifesto pilihan raya merupakan janji yang mereka ikrarkan kepada rakyat Sarawak.

"Pakatan Harapan Sarawak menyatakan dengan jelas dalam manifesto pilihan raya Buku Harapan di bawah Janji 41 dan 47 bahawa sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan yang memerintah, kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan kemakmuran rakyat Sarawak dengan menaikkan royalti petroleum Sarawak kepada 20 peratus,” menurut kenyataan itu.

Sebagai tambahan, SUPP berkata Pakatan Harapan berjanji untuk melaksanakan penurunan kuasa kepada Sarawak yang turut merangkumi pemulangan kepada Sarawak 50 peratus hasil cukai yang dikutip di negeri ini.

Dalam pilihan raya umum 9 Mei itu, SUPP tewas enam daripada tujuh kerusi perlimen yang ditandinginya dengan DAP menang lima kerusi dan PKR satu kerusi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS