Berita Malaysiakini

Abu Talib ketuai jawatankuasa 1MDB

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Majlis Penasihat Kerajaan hari ini menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji perkara berkaitan 1MDB.

“Majlis Penasihat mengiktiraf kepentingan mempunyai jawatankuasa yang berasingan untuk melihat perkara yang berkaitan dengan 1MDB.

“Sehingga dan melainkan jika isu 1MDB diselesaikan, akan ada soalan-soalan yang menghakis keyakinan orang ramai terhadap kerajaan dan institusi-institusinya.

“Untuk tujuan ini, Majlis Penasihat bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa 1MDB,” petik kenyaataan itu.

Jawatankuasa lima anggota itu akan diketuai oleh bekas peguan negara Tan Sri Abu Talib Othman yang juga pernah menjadi pengerusi Suhakam.

Anggota lain adalah seperti berikut:-

  • Nik Shahrizal Sulaiman - Rakan Kongsi, Risk Assurance Services PwC;
  • Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar - Rakan Kongsi Kanan, Naqiz & Partners;
  • Faris Rabidin - Penasihat Kanan Otoritas Jasa Keuangan Indonesia;
  • Cynthia Gabriel - Centre to Combat Corruption and Cronyism