Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sarawak Report dan Medium.com tidak lagi kena sekat
Diterbitkan:  May 17, 2018 7:33 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Laman web pembocor maklumat Sarawak Report dan blog penganjur Medium.com kini boleh dilayari di Malaysia sekali lagi setelah disekat selama lebih dua tahun.

Sarawak Report berperanan penting dalam mendedahkan skandal 1MDB, bermula pada tahun 2014 dengan beberapa siri artikel yang mendedahkan parti hiburan mewah tokoh perniagaan Jho Low dengan selebriti Amerika Syarikat.

Pada bulan Februari 2015, rakyat Malaysia terpegun membaca berita 1MDB selepas Sarawak Report menerbitkan e-mel bocor yang didakwa membuktikan bahawa Low dan rakan-rakannya telah menyelewengkan berbilion-bilion ringgit daripada syarikat pelaburan negara itu.

E-mel dibocorkan oleh Xavier Justo, seorang warga Switzerland dan bekas pegawai di PetroSaudi International - rakan kongsi pertama 1MDB yang tidak bertahan lama.

Walau bagaimanapun, artikel paling “menggigit” oleh Sarawak Report adalah melaporkan dakwaan bahawa dana 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Menjelang Julai 2015, pentadbiran Najib telah memecat timbalan perdana menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudiannya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana mempersoalkan dan menyiasat Najib berhubung isu berkenaan.

Sebagai sebahagian daripada “pembersihan” Sarawak Report dan Medium.com - yang digunakan sebagai cermin untuk laporan Sarawak Report - telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Protes oleh blogger dan pemilik perniagaan yang menggunakan Medium.com juga tidak diendahkan.

Bukit Aman turut mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang dituduh sebagai sebahagian daripada konspirasi besar untuk menjatuhkan Najib dan BN dari kuasa dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Lihat Komen
ADS