Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mukhriz mahu rakyat tegur sebarang kelemahan kepimpinannya
Diterbitkan:  May 18, 2018 10:15 AM
Dikemaskini: 2:21 AM

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu sebarang kelemahan atau kekurangan pentadbirannya ditegur agar setiap lapisan masyarakat mendapat nikmat daripada kepimpinan beliau.

Katanya kerajaan tidak akan tahu setiap masalah rakyat peringkat bawahan seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas yang perlukan bantuan jika tidak diberikan maklumat sebenar.

“Bukan sahaja kita (kerajaan negeri), mereka yang diberi tanggungjawab di peringkat daerah dan kawasan juga akan menanggung beban kerana tidak melaksanakan amanah.

Bantu kami... beri teguran membina

“Oleh itu, bantulah kami dengan memberi teguran dan pandangan yang membina,” kata Mukhriz dalam ucapan ringkas selepas bersembahyang subuh berjemaah di Masjid Al-Muhsinin di Jitra pagi ini.

Mukhriz berkata beliau sedar peluang kembali menjawat jawatan menteri besar Kedah bagi kali kedua mempunyai hikmah dan sebab itu mahu memastikan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kedah tidak akan disia-siakan.

“Saya akan minta rakan-rakan dalam kerajaan negeri supaya lebih mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan dan pembangunan negeri,” tambahnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS