Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM jadi menteri pelajaran: Boleh, kata Kit Siang
Diterbitkan:  May 18, 2018 11:38 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memegang portfolio menteri pelajaran "tidak melanggar semangat manifesto Pakatan Harapan" walaupun dokumen berkenaan menyatakan sebaliknya, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Beliau yang juga adalah ahli parlimen Iskander Puteri mendakwa pemahaman di kalangan semua pemimpin Harapan adalah bahawa perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kewangan.

Atas sebab itu, kata Lim, pemimpin-pemimpin parti pemerintah “binggung” seketika apabila disoal mengenai percanggahan mengenai pelantikan itu.

"Apa yang jelas di pelbagai ceramah Pakatan Harapan di seluruh negara adalah pembaharuan institusi mengenai had tempoh untuk perdana menteri dan untuk memastikan bahawa perdana menteri tidak memegang portfolio kementerian kewangan.

"Bagaimanakah boleh ada janji pilihan raya apabila tidak ada pemimpin Pakatan Harapan dari empat parti komponen DAP, PKR, AMANAH dan BERSATU yang mengetahui atau membuat komitmen seperti itu?" kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengakui ayat berhubung perkara itu dalam manifesto HARAPAN "tidak ditakrifkan secara jelas” dan sebagai akibatnya, ia terbuka kepada tafsiran yang berbeza.

Pengumuman semalam bahawa Mahathir akan memegang jawatan menteri pelajaran dikatakan bertentangan dengan manifesto HARAPAN, yang menyebut: "Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama menteri kewangan.

Mahathir memutuskan untuk mengambil portfolio pendidikan kerana berpendapat masih "ramai individu tidak berpendidikan di negara ini" dan memerlukan perhatian.

Mahathir, yang merupakan menteri pendidikan antara tahun 1974 dan 1977, percaya kaedah pengajaran semasa sudah ketinggalan zaman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS