Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menarik balik saman fitnah terhadap Rafizi Ramli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Peguam naib presiden PKR itu, Saiful Izham Ramli, mengesahkan kes berlangsung semalam tetapi mahkamah kemudian dimaklumkan penarikan balik itu.

“Tiada alasan disebut.

“Justeru itu, Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim mengarahkan kes itu ditarik balik,” kata Saiful.

Katanya, hakim tidak membuat sebarang arahan kos.

Sebelum ini, perbicaraan kes itu sudah pun memanggil saksi pertama, iaitu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LTAT Zakaria Shariff.

Dalam keterangannya, beliau berkata LTAT bukan ditubuhkan khusus untuk menjaga hal ehwal sosial dan ekonomi pegawai pegawai tentera.

LTAT diwakili oleh peguam Izat Osman.

Lembaga itu menyaman Rafizi selepas beliau mendakwa bayaran 1MDB kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) untuk pemindahan lapangan terbang tentera Sungai Besi bagi memberi laluan kepada projek mega Bandar Malaysia menyebabkan LTAT menyuntik dana bagi membolehkan anak syarikatnya membayar kontraktor mengikut jadual.

Bagaimanapun, dakwa Rafizi, ia menyebabkan penangguhan bayaran untuk veteran tentera.

Projek Bandar Malaysia, milik 1MDB, dilapor sedang dilanda masalah.

Terdapat pihak mendakwa LTAT antara entiti kerajaan yang digunakan untuk menyelamatkan projek itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS