Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M tak setuju tangkapan ke atas pengkritiknya
Diterbitkan:  May 18, 2018 12:53 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan penangkapan seorang lelaki yang didakwa mengkritiknya dan mengarahkan pihak polis untuk mengkaji perkara itu.

“Saya tak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya. Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak,” ciapnya di Twitter.

Mahathir turut melampirkan laporan Malaysiakini semalam, bertajuk “Polis tahan lelaki kerana hina Dr M" dengan tweet itu.

Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi menerusi Facebook, semalam berkata suspek ditangkap berikutan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan "penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam".

Suspek turut ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Laman Facebook itu juga menggunakan hashtag #lessonlearn dan #berhemahketikaberbicara dalam hantarannya.

Pelbagai pihak, termasuk peguam dan ahli politik, dan anggota masyarakat sivil membidas tindakan pihak polis yang didakwa tidak wajar dilakukan di bawah kerajaan baru.

Tangkapan dan laporan polis terhadap mereka yang menghina pemimpin negara adalah perkara lumrah semasa pentadbiran BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak.

 

Lihat Komen
ADS