Paling Popular
Terkini

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap baginda bagi mempersembahkan senarai kabinet Malaysia.

Menurut sumber Pejabat Perdana Menteri pertemuan itu akan diadakan di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

"Dr Mahathir akan menyerahkan senarai kabinet yang dicadangkan kepada Agong," katanya.

Dr Mahathir dilantik secara rasmi menjadi perdana menteri selepas mengangkat sumpah di depan Agong pada 10 Mei lalu.

Sejak itu beliau sudah mengumumkan senarai tiga calon menteri kanan, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk Kementerian Dalam Negeri, Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan dan Mohamad Sabu di Kementerian Pertahana.

Muhyiddin ialah presiden BERSATU, makanala Lim setiausaha agung DAP. Mohamad pula presiden AMANAH.

Semalam Dr Mahathir mengumumkan beliau turut memegang jawatan menteri pendidikan, manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberi tanggungjawab menjaga kementerian hal ehwal wanita.

Selepas senarai itu diperkenankan majlis mengangkat sumpah jawatan dijangka akan diadakan pada 21Mei ini.

Mengikut kenyataan Dr Mahathir semalam seramai 13 orang pemimpin Pakatan Harapan akan dilantik mengisi kabinet beliau sebelum pelantikan lanjut dibuat selepas ini.

Antara perancangan perdana menteri ketujuh itu ialah mengecilkan saiz kabinet berbanding kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Untuk permulaan pentadbiran Dr Mahathir akan dibantu oleh 25 menteri.

Lihat Komen
ADS