Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ANAK  cadang tubuh RCI siasat isu berkaitan Felda
Diterbitkan:  May 18, 2018 2:34 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencadangkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan bagi penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu berkaitan Felda, kata Pengerusinya Mazlan Aliman.

Beliau berkata antara isu yang dibangkitkan persatuan itu dalam pertemuan dengan majlis berkenaan hari ini adalah keadaan kewangan yang kritikal, ketirisan wang, harta dan aset Felda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada majlis itu berhubung isu-isu yang didakwa melanda syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu mengikut keluasan tanaman tersebut.

Mazlan berkata beliau juga telah memohon agar hutang peneroka yang didakwanya melebihi RM100,000 seorang, diberikan pemotongan pembayaran sebanyak 50 peratus.

Katanya, cadangan itu akan dipertimbangkan majlis tersebut.

Mazlan berkata cadangan lain adalah agar pembayaran bantuan hari raya sekurang-kurangnya RM1,000 berbanding RM900 ketika ini, diberikan kepada semua peneroka termasuk yang menguruskan ladang mereka sendiri.

Dalam cadangan setebal 46 muka surat, beliau turut memberitahu majlis berkenaan supaya operasi anak syarikat Felda, Felda Techno Plant, dikaji atau ditamatkan.

“Kita dapati mereka gagal dalam tanggungjawab kepada peneroka. Ada yang tidak dapat hasil, ada yang dapat hasil berbeza malah ada yang rugi,” katanya.

Mazlan berkata Felda harus distruktur semula dan mendakwa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan langkah yang merugikan kerana menyebabkan sumber pendapatan Felda hilang hampir - 

- Bernama

Lihat Komen
ADS