Berita Malaysiakini

Dr Wan Azizah sepatutnya pegang portfolio kesihatan - MCA Perak

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lebih sesuai jika diberikan portfolio kesihatan, kata Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mah, yang adalah antara pakar kardiologi paling terkenal di Ipoh sebelum menyertai politik, berkata Wan Azizah adalah seorang pengamal perubatan yang berkelayakan tinggi.

"Dia lulus sebagai pakar mata dari Royal College of Surgeons di Ireland yang menanugerahkannya Pingat Emas untuk kemahirannya dalam bidang obstetrik dan ginekologi.

"Beliau juga mempunyai pengalaman selama 14 tahun berkhidmat sebagai doktor kerajaan, dan oleh beliau paling sesuai untuk melakukan perubahaan sebarang kelemahan di kementerian kesihatan selain memajukan sektor kesihatan di Malaysia," katanya.

Mah berkata MCA Perak menawarkan kritikan membina kepada pentadbiran negara, walaupun cadangan itu bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan yang menghalang perdana menteri daripada memegang dua portfolio.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang lagi doktor perubatan, menamakan dirinya sebagai menteri pelajaran atas alasan beliau mempunyai preskripsi untuk menyembuhkan sistem pendidikan yang sakit.

[Baca berita penuh]