Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan berbagai jenis manusia semenjak kehilangan kuasa, daripada yang 'serius' sehinggalah yang 'ganjil'. Terbaru, anggota Umno yang ingin mendapatkan nasihat Najib, jika dia perlu terus kekal dengan parti itu.

Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Bukit Jalil, Aliff Tafiq datang bersama dua rakannya, tetapi dihalang daripada memasuki kediaman Najib di Taman Duta.

"Saya tidak mahu meninggalkan Umno, tapi kami dengar Umno mungkin diharamkan, jadi lebih baik bagi kami keluar dulu," dia memberitahu media di Taman Duta ketika hujan lebat petang ini.

"Saya mahu tahu apa nasihat beliau, sama ada untuk terus tinggal atau mengikut jalan kami sendiri," katanya.

Dia berkata kira-kira 2,000 anggota Umno dan NGO di Bandar Tun Razak ditawarkan untuk menyertai parti lain.

Bagaimanapun, Aliff enggan mendedahkan parti yang membuat tawaran tersebut.

Menurut Aliff lagi, kehadirannya untuk menunjukkan sokongan kepada Najib yang diyakininya menjadi 'kambing hitam' dalam perebutan politik antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hakikatnya, Najib tiada masalah dengan Mahathir. Hanya Mahathir yang ada masalah dengan Anwar," dakwanya.
 

Lihat Komen
ADS