Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images

Anggota SPRM sedang berada di banglo bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Lapan anggota itu tiba dalam dua kereta berasingan pada kira-kira jam 4 petang tadi.

Sesetengah mereka dilihat memakai jaket berwarna hitam sambil membawa 'briefcase'.

Selepas hampir dua jam kemudian, anggota berkenaan mula meninggalkan rumah Najib. Daripada lapan anggota itu, hanya seorang pegawai wanita kelihatan membawa beg tangan manakala bagi yang lain mereka tidak dilihat membawa sebaran beg dokumen.

Setakat ini, tidak jelas apa yang dilakukan mereka selama dua jam berada di banglo Najib. Kumpulan itu tidak bercakap dengan media.

Semalam polis merampas wang tunai, barangan kemas dan beg tangan berjenama mewah daripada sebuah kondominium yang dikaitkan dengan Najib.

Bloomberg melaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh bekas perdana menteri itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS