Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Dr M pertimbang siasat Najib salah guna kuasa
Diterbitkan:  May 18, 2018 5:40 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mempertimbangkan menyiasat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyalahgunakan kuasa, lapor Bloomberg News.

Menurut Bloomberg, hal ini berikutan usaha intensif pentadbiran Mahathir mencari bukti salah laku dalam syarikat pelaburan negara 1MDB, tidak sampai seminggu pelantikan beliau ke jawatan perdana menteri.

Laporan itu memetik sumber yang berkata telah melihat dokumen siasatan yang disediakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Bagaimanapun laporan tersebut menjelaskan tiada wakil SPRM yang mengulas hal ini.

SPRM dalam beberapa hari ini sedang membentangkan senarai menyeluruh yang menyatakan butiran tumpuan siasatan terhadap Najib.

Contoh kemungkinan penyalahgunaan kuasa Najib yang dikenalpasti agensi berkenaan termasuklah menganggu saksi dan menyekat kes jenayah oleh Bank Negara, lapor Bloomberg lagi.

SPRM turut mengambil kira jika ada unsur jenayah pecah amanah melibatkan surat sokongan daripada Kementerian Kewangan bagi terbitan bon 1MDB; dakwaan penipuan pelaburan dana itu; terbitan bon dana berkenaan dibuat tanpa kelulusan berdasarkan undang-undang syarikat (Articles of Association) dan aliran masuk dana ke akaun peribadi Najib.

Menurut Bloomberg lagi, jurucakap pejabat Najib memetik kenyataan terdahulu daripada peguamnya, Harpal Singh Grewal, bahawa sejak awal lagi, anak guamnya telah menunjukkan beliau "bersedia dan sanggup meneruskan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkenaan."

Pihak polis terlibat dalam sebahagian daripada siasatan yang diperbaharui terhadap 1MDB telah melancarkan serbuan berterusan ke kediaman rasmi Najib di Jalan Langgak Duta serta di lima premis lain.

Serbuan terkini di tiga unit kondominium mewah yang dikaitkan dengan Najib di Kuala Lumpur malam tadi menemukan 284 beg tangan mewah, 72 beg wang tunai dan barang kemas serta barang-barang berharga lain.

Lihat Komen
ADS