Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Saya tak boleh pegang menteri pelajaran
Diterbitkan:  May 18, 2018 6:08 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan akan melepaskan portfolio menteri pelajaran.

Dalam hantaran video Facebook berjudul "The Education Minister issue, this is Mahathir's response", perdana menteri berkata beliau tidak akan mungkir janji manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Itu peruntukan dalam manifesto berkenaan. Saya tidak boleh mungkir janji itu melainkan terdapat tuntutan saya mengambil portfolio menteri pelajaran," kata Mahathir.

Mengulas soalan jika beliau akan mengambil portfolio berkenaan, belia menjawab, "saya tidak boleh."

Ditanya jika beliau secara peribadi mahu memegang portfolio berkenaan, beliau berkata,"saya memang mahu. Kalau tidak, kenapalah saya memilih portfolio itu."

Beliau juga tidak akan memberi jawatan itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri dr Wan Azizah Wan Ismail kerana beliau sudah memiliki portfolionya. Wan Azizah turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Manifesto HARAPAN PRU14 jelas menyatakan perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kabinet lain, khususnya menteri kewangan.

 

Lihat Komen
ADS