Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB S'gor dilantik jadi menteri ekonomi pula
Diterbitkan:  May 18, 2018 6:48 PM
Dikemaskini: 10:53 AM

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mendapat satu lagi jawatan penting selepas dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi.

Lantikan itu dibuat walaupun beliau sudah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor untuk sepenggal lagi.

Dengan lantikan baru hari ini, Azmin dipercayai menjadi pemimpin pertama yang menjadi menteri besar dan pada masa yang masa menteri pusat.

Setakat ini belum jelas sama ada Azmin akan mengosongkan jawatan menteri besar Selangor.

Seorang pembantunya memberitahu Malaysiakini bahawa pengumuman itu berkaitan perkara itu akan dibuat kemudian.

Sementara itu, masih belum jelas juga apa perbezaan portfolio Azmin dengan Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang dilantik sebagai menteri kewangan.

Lim juga sebelum ini menjadi ketua eksekutif di Pulau Pinang tetapi melepaskan jawatan itu untuk memberikan tumpuan di peringkat kerajaan persekutuan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan senarai menteri kabinetnya untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Lihat Komen
ADS