Berita Malaysiakini

Daim: Kos ECRL lebih RM55 bilion

Annabelle Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin mempertikaikan nilai RM 55 bilion kos projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang disebut bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ia bukan RM55 bilion, itu cuma pada fasa pertama.

"Kalau dimasukkan (kos) fasa kedua, mungkin ditambah lagi RM11 bilion.

"Jika kamu mengambil kira kadar bunga dan semua itu, ia mungkin lebih lagi tetapi saya akan membiarkan kerajaan mengumumkan kos sebenar (projek ECRL) ini.

"Angka ini saya dapatkan daripada pasukan ECRL," beliau memberitahu sidang akhbar di Menara Ilham hari ini.

Suatu kenyataan yang diedarkan kepada media berkata majlis itu telah bertemu dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd, firma yang memiliki ECRL, pada Rabu, 16 Mei lalu.

Ketika ditanya jika projek berkenaan suatu keperluan, Daim berkata suara akar umbi kelihatan seperti tidak bersetuju.

"Saya di Kelantan dan mereka kata lebih memilih untuk dapatkan tunai," maklum bekas menteri kewangan itu.

Sebelum ini, Najib menyifatkan ECRL sebagai 'membawa perubahan besar' yang akan membantu perkembangan ekonomi di tiga negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia.

ECRL dijangka disiapkan pada Jun 2024 yang akan menghubungkan Port Klang di Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

[Baca berita penuh]