Editor Sarawak Report kini bebas masuk M'sia
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown pernah dituduh sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menggulingkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya secara yang menyalahi undang-undang.
Mengimbau pada bulan Ogos 2015, Bukit Aman telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.
Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Dia juga dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
Tetapi dengan perubahan baru dalam kerajaan, Rewcastle-Brown kini bebas untuk memasuki Malaysia.
"Ketibaan saya brjalan sangat lancar. Hati saya agak [sambil meletak tapak tangannya di dada) di imigresen, tetapi semua orang sangat baik seperti biasa.
"Jelas sekali (saya) tidak ada masalah, jadi itu cukup mengagumkan," katanya kepada Malaysiakini ketika tiba di KLIA semalam.
Rewcastle-Brown berkata dia bercakap dengan beberapa kawan yang memastikan selamat untuknya datang ke Malaysia sekarang.
"Nah, saya telah diyakinkan bahawa tuduhan itu telah digugurkan, dan Interpol tidak lagi dimaklumkan bahawa Malaysia mahukan ekstradisi saya, jadi saya datang secara sukarela," katanya.
Dia datang ke Malaysia untuk mengendalikan beberapa perkara peribadi dan berjumpa dengan rakan-rakan.
"Saya di sini bukan atas sebarang kapasiti rasmi
"Saya yakin semua pimpin anda mempunyai banyak perkara yang lebih penting untuk dilakukan buat masa ini," katanya.
Semalam dilaporkan bahawa Sarawak Report sudah boleh diakses semula di Malaysia setelah disekat selama lebih daripada dua tahun.
Laman web pemberi maklumat itu memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal 1MDB, bermula pada tahun 2014 dengan siri artikel mengenai parti-parti mewah ahli perniagaan Low Taek Jho dengan selebriti AS.

