Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tiada halangan', saya seperti tak percaya - Zunar

TEMUBUAL l Saya bertanya apa perasaannya bila mendapati namanya sudah dikeluarkan dari senarai hitam larangan perjalanan Jabatan Imigresen.

"Tentulah gembira," jawab jawab Zulkiflee Anwar Ulhaque - atau Zunar di kalangan peminatnya di Malaysia.katanya.

"Juga rasa lega. Tetapi ia tetap satu kejutan, ia berlaku begitu pantas. Pada hari pertama pentadbiran kerajaan baru!"

Dan secara kebetulan berita bahawa dia bebas terbang keluar negara sekarang, jatuh pada satu lagi tarikh penting baginya - hari jadinya yang ke-56nya.

Katanya, beliau memutuskan untuk memeriksa status perjalanannya selepas mendapat tahu yang larangan perjalanan dikenakan ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Dan di dalam hatinya tertanya-tanya apakah orang biasa seperti dirinya telah dikeluarkan dari senarai hitam itu.

Dia seperti tidak percaya paparan hasil cariannya itu: "Tiada halangan". Sebelum ini adalah "Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat".

"Apa?! Saya ingat saya silap memasukkan nombor IC saya. Jadi saya cuba sekali lagi. Sama juga jawapannya'Tiada halangan'. Perasaan saya seperti 'Wow!' "

Walaupun larangan perjalanannya sudah ditarik balik, namun masalah perundangan Zunar belum berakhir.

Dia berdepan sembilan pertuduhan hasutan. Ya, anda membaca tentangnya, betul, sembilan pertuduhan hasutan - satu rekod untuk mana-mana individu di Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS