Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib kata KJ patut beritahunya 'tersasar'
Diterbitkan:  May 19, 2018 9:18 PM
Dikemaskini: 1:24 PM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin patut memberitahunya bahawa beliau telah tersasar dari landasan yang betul.

"Khairy bebas untuk datang dan berjumpa dengan saya dan berkata: 'Lihat tuan, saya rasa anda tidak berada di landasan yang betul, atau ada masalah, anda tahu, yang tidak diselesaikan dengan cara yang betul.' Kemudian saya boleh membuat keputusan, sama ada untuk menerima atau tidak menerima.

"Dia tidak berbuat demikian. Maksud saya, dia mengakui bahawa dia tidak berbuat demikian," kata Najib dalam wawancara dengan Malay Mail.

Khairy dalam temu bual dengan Channel News Asia berkata tiada seorang pun dalam Umno yang mahu mengakui terdapat masalah dalam Umno dan itu merupakan satu kesilapan besar.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau mengamalkan gaya terbuka yang mana orang bebas untuk menyuarakan pandangan mereka.

Suarakan secara tertutup

"Kecuali, saya mahu ia dilakukan secara tertutup (bukan kepada umum), kerana kita tidak perlu menyerang satu sama lain sebagai anggota kerajaan.

"Dia (Khairy) perlu sedar saya tidak akan menekan sesiapa yang mempunyai pendapat berbeza. Saya hanya mahukan disiplin parti dan sesiapa yang didisiplinkan parti adalah kerana mereka melanggar disiplin parti," katanya.

Umno dan BN kalah pertama kali dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Kekalahan itu membawa kepada perletakan jawatan Najib sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei lalu.

Khairy yang juga anggota parlimen Rembau menerima kekalahan itu sebagai tanggungjawab bersama BN dan Umno 'yang secara sistematik ditolak' rakyat.

Lihat Komen
ADS