Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya serah kuasa dengan baik tapi tak dilayan baik

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah melepaskan kuasa secara baik setelah BN mengalami kekalahan pada pilihan raya umum lalu tanpa mencetuskan sebarang kekecohan.

Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu berkata beliau kesal apabila tidak menerima layan yang baik selepas melepaskan kuasa.

Bercakap di hadapan penyokongnya di Pekan hari ini Najib berkata beliau turut dituduh akan mengisytiharkan darurat apabila BN kalah bagi membolehkan beliau terus berkuasa.

"Mereka kata saya takkan serah kuasa, akan buat Mageran, (tapi) tak ada pun

"Saya serah kuasa dengan baik. Walaupun saya serah kuasa dengan baik saya tak terima layanan baik. Saya terima tekanan demi tekanan.

"Tuan-tuan sendiri tau, tekanan pada saya, isteri, anak. Sampai tempat tinggal anak saya pun digeledah," katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS